Dalam Akta Pendidikan
1996 (Akta 550) menyatakan 'pendidikan prasekolah' (preschool education)
bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari empat hingga enam
tahun. 'Tadika' bermaksud tempat di mana menempatkan sejumlah
kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai sepuluh atau lebih. Manakala 'taska' merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bermaksud
program pendidikan untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun iaitu bermula
dari lahir hingga empat tahun.
Friday, 21 August 2015
Friday, 31 July 2015
Kes-kes yang melibatkan kanak-kanak di taska dan cara penyelesaiannya.
Penderaan fizikal merupakan antara kes yang sering
kita dijumpai bukan sahaja terpapar di dada-dada surat khabar malah melalui
berita dalam laman web. Penderaan fizikal kanak-kanak, juga dikenali
sebagai kecederaan yang disebabkan oleh pengasuh dengan tidak sengaja dipukul
atau didera. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak mendapat kecederaan pada
mana-mana tubuh badannya dari perlakuan pengasuh atau pembantu taska yang
diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak.Sekumpulan kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman
Melati, Selangor ditampar dan dipukul oleh pengasuh.
Selain itu,terdapat juga
penderaan mental yang sering berlaku di taska. Penderaan mental pual dikaitkan dengan kesan bertuturan
atau percakapan seseorang yang menyakitkan hati serta menyinggung perasaan
orang lain dalam jangka masa yang panjang ataupun jangka masa yang pendek.Penderaan
mental akan merangkumi kerosakan otak dan mengurangkan keyakinan kanak-kanak
apabila melakukan sesuatu.
Di samping itu,kes kecuaian kanak-kanak juga sering berlaku di taska.Kecuaian atau kelalaian pengasuh terhadap kanak-kanak akan berlaku apabila mereka tidak berhati-hati atau tidak bersungguh-sungguh serta kurang menumpuhkan perhatian dalam penjagaan kanak-kanak apabila dalam melakukan sesuatu.Penjaga yang leka dan tidak mempunyai kesabaran akan selalu lalai dalam melakukan sesuatu aktiviti. Kecuaian merupakan satu kesalahan yang telah disahkan dalam undang-undang yang boleh menyebabkan seseorang itu terpaksa memberi pampasan.
Di samping itu,kes kecuaian kanak-kanak juga sering berlaku di taska.Kecuaian atau kelalaian pengasuh terhadap kanak-kanak akan berlaku apabila mereka tidak berhati-hati atau tidak bersungguh-sungguh serta kurang menumpuhkan perhatian dalam penjagaan kanak-kanak apabila dalam melakukan sesuatu.Penjaga yang leka dan tidak mempunyai kesabaran akan selalu lalai dalam melakukan sesuatu aktiviti. Kecuaian merupakan satu kesalahan yang telah disahkan dalam undang-undang yang boleh menyebabkan seseorang itu terpaksa memberi pampasan.
Kes pengabaian kanak-kanak juga antara salah
satu kes yang patut dibendung kerana ia akan membawa impak negative kepada
kanak-kanak seperti
pencapaian akademik yang teruk, melibatkan diri dalam penggunaan dadah,
kehamilan remaja, dan perbuatan jenayahyang bukan sekadar menjejaskan
kanak-kanak dan keluarga, malah masyarakat secara am. Pengabaian
ialah bentuk penderaan yang paling lazim berlaku dan sungguhpun boleh mengancam
nyawa.
Kesimpulannya,setiap
lapisan masyarakat harus memikul tanggungjawab masing-masing untuk mengelakkan
kes-kes akan membawa kesan negatif kepada kanak-kanak
supaya kanak-kanak dapat dibesarkan dengan sempurna dari segi jiwa dan raganya.
rujukan:
http://myblogsantai.blogspot.com/2014/01/14-kes-penderaan-kanak-kanak-yang.html
http://www1.hmetro.com.my/node/16247
rujukan:
http://myblogsantai.blogspot.com/2014/01/14-kes-penderaan-kanak-kanak-yang.html
http://www1.hmetro.com.my/node/16247
Thursday, 30 July 2015
CIRI-CIRI TASKA BERKUALITI
Antara ciri-ciri taska yang baik termasuk:
PENGASUH YANG TETAP DAN BERLATIH
Pengasuh yang
berpengalaman dan berlatih akan
menyediakan atau merancang proses pembelajaran
mengikut perkembangan minda
kanak-kanak pada tahap
umur yang berbeza.Pengasuh harus dilatih terlebih
dahulu
dengan pengetahuan berkenaan pendidikan awal bagi
kanak-kanak dan
perkembangan kanak-kanak.
MEMATUHI PERATURAN PENUBUHAN TASKA
Untuk menubuhkan taska syarat-syarat yang perlu
dipatuhi
adalah seperti berikut:
(1) Taska haruslah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) atau
Pendaftar Pertubuhan (ROS).
(2) Pengasuh yang digaji hendaklah merupakan
warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;
(3) Pengasuh telah hadir dan lulus Kursus Asas
Asuhan
Kanak-Kanak (KAAK);
(4) Untuk menubuhkan taska ,pengurus hendak
mendapat
sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:
- Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT);
- Jabatan
keselamatan dan Penyelamat;
- Jabatan
kesihatan dan
- Jabatan Tanah dan Survei (negeri Sarawak sahaja)
PENGURUSAN TASKA YANG BAIK
Pengurusan taska lebih kepada aktiviti dan
bukannya
penjagaan.Program yang diadakan mestilah sesuai dengan
perkembangan minda kanak-kanak. Semua
aktiviti-aktiviti
tersebut hendaklah sesuai bagi umur seorang kanak-
kanak,dan juga menepati citarasa dan kemampuan kanak-
kanak tersebut.
Persekitaran Fizikal
Taska yang dipilih haruslah kelihatan menarik serta
memenuhi cita rasa kanak-kanka daripada luar.Hal ini
demikian kerana
dapat membolehkan kanak-kanak pergi ke
taska dengan rela dan gembira.
Bilik-bilik haruslah dihiasi
dengan berwarna-warni supaya menyeronokkan,
kelihatan
ceria.Bilik-bilik juga patut mempunyai sistem pengudaraan
yang baik, dengan terdapatnya
seberapa banyak tingkap
yang dibuka untuk membenarkan kemasukan udara segar
dan
cahaya matahari kedalam agar oksigen yang
dibekalkan mencukupi. Bilik-bilik
air, dapur, ruang makan
dan bilik permainan patut diperiksa sebelum menghantar
anak ke taska tersebut samada ia bersih atau tidak untuk
menjamin kebersihan
dan kesihatan kanak-kanak.
PEMBANTU TASKA YANG BERPENGALAMAN DAN PENYAYANG
Pembantu yang digaji oleh pengurus taska
mestilah
kelihatan ceria,penyayang,baik hati, berhati-hati, dan
berminat pada
apa-apa sahaja yang dilakukan oleh kanak-
kanak serta sudi menjaga anak-anak
dalam masa yang
berjangka panjang.Mereka juga harus menganggap kanak-
kanak
di taska seperti anak sendiri. Mereka juga gembira
dengan perhubungan
yang rapat dengan kanak-kanak
tersebut dan mempunyai sifat keibuan terhadap setiap
MENU YANG SEIMBANG
Untuk menjamin kesihatan kanak-kanak,ibu bapa hurus
memastikan
makanan yang disediakan di taska harus
seimbang dan mempunyai khasiat yang
mencukupi kepada
kanak-kanak.Makanan yang disediakan patut seimbang dari
segi
karbohidrat,protein,vitamin dan mineral .Hal ini kerana
untuk memasti
kanak-kanak dapat dibesarkan dalam
keadaan yang sempurna.Dengan ini bukan
sahaja
membentuk kanak-kanak yang sempurna dari segi fizikalnya
malah menjamin
perkembangan mindanya dengan adanya
nutrien yang mencukupi.Selain itu, makanan
yang
disediakan harus mencukupi kepada kanak-kanak kerana
mereka harus mempunyai tenaga yang banyak untuk
melakukan aktiviti seharian.
MENARIK PERHATIAN KANAK-KANAK
Yang paling dominan ,taska yang dipilih itu
mestilah
memenuhi citarasa kanak-kanak.Hai ini dilihat apabila kanak-
kanak
dibawa ke taska,dia kelihatan gembira dan tenang.
Mereka sepatutnya dapat
berhadapan dengan orang-orang
dewasa dan kakitangan dengan penuh keyakinan, dan
tidak
takut untuk meminta pertolongan.
rujukan:
Wednesday, 29 July 2015
PERBANDINGAN ANTARA KELEBIHAN JAGAAN DI TASKA DENGAN JAGAAN DI RUMAH
KELEBIHAN JAGAAN DI TASKA
|
KELEBIHAN JAGAAN DI RUMAH
|
Masa anak-anak diaturkan dengan aktiviti yang sesuai
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
|
Masa anak lebih bebas dan tidak terikat.
|
Anak-anak berpeluang berinteraksi dengan
rakan-rakan.
|
Anak-anak mempunyai lebih banyak masa untuk
berkomunikasi dengan anak-anak.
|
Mendapatkan tunjuk ajar yang lebih
professional daripada guru.
|
Mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya
daripada ibu bapa.
|
Dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama guru dan
rakan-rakan.
|
Dapat melakukan pelbagai aktiviti harian bersama ibu bapa.
|
Makanan yang dihidangkan sedap dimakan.
|
Makanan yang dihidangkan bukan sahaja sedap
maka mengandungi khasiat yang mencukupi.
|
Aktiviti dijalankan turut mengambil kira
faktor umur dan keupayaan kanak-kanak itu sendiri.
|
Aktiviti yang dijalankan mengikut sesuka hati
anak-anak
|
Anak-anak boleh membuat perbincangan dengan
rakan-rakan
|
Anak-anak dapat berbincang sesuatu dengan ibu
bapa
|
rujukan:
Subscribe to:
Posts (Atom)