JellyPages.com

Friday, 31 July 2015

Kes-kes yang melibatkan kanak-kanak di taska dan cara penyelesaiannya.

Penderaan fizikal merupakan antara kes yang sering kita dijumpai bukan sahaja terpapar di dada-dada surat khabar malah melalui berita dalam laman web. Penderaan fizikal kanak-kanak, juga dikenali sebagai kecederaan yang disebabkan oleh pengasuh dengan tidak sengaja dipukul atau didera. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak mendapat kecederaan pada mana-mana tubuh badannya dari perlakuan pengasuh atau pembantu taska yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak.Sekumpulan kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Melati, Selangor ditampar dan dipukul oleh pengasuh.




Selain itu,terdapat juga penderaan mental yang sering berlaku di taska. Penderaan mental pual dikaitkan dengan kesan bertuturan atau percakapan seseorang yang menyakitkan hati serta menyinggung perasaan orang lain dalam jangka masa yang panjang ataupun jangka masa yang pendek.Penderaan mental akan merangkumi kerosakan otak dan mengurangkan keyakinan kanak-kanak apabila melakukan sesuatu.



Di samping itu,kes kecuaian kanak-kanak juga sering berlaku di taska.Kecuaian atau kelalaian pengasuh terhadap kanak-kanak akan berlaku apabila mereka tidak berhati-hati atau tidak bersungguh-sungguh serta kurang menumpuhkan perhatian dalam penjagaan kanak-kanak apabila dalam melakukan sesuatu.Penjaga yang leka dan tidak mempunyai kesabaran akan selalu lalai dalam melakukan sesuatu aktiviti. Kecuaian merupakan satu kesalahan yang telah disahkan dalam undang-undang yang boleh menyebabkan seseorang itu terpaksa memberi pampasan.


Kes pengabaian kanak-kanak juga antara salah satu kes yang patut dibendung kerana ia akan membawa impak negative kepada kanak-kanak seperti pencapaian akademik yang teruk, melibatkan diri dalam penggunaan dadah, kehamilan remaja, dan perbuatan jenayahyang bukan sekadar menjejaskan kanak-kanak dan keluarga, malah masyarakat secara am. Pengabaian ialah bentuk penderaan yang paling lazim berlaku dan sungguhpun boleh mengancam nyawa.



Kesimpulannya,setiap lapisan masyarakat harus memikul tanggungjawab masing-masing untuk mengelakkan kes-kes akan membawa kesan negatif kepada kanak-kanak supaya kanak-kanak dapat dibesarkan dengan sempurna dari segi jiwa dan raganya.


rujukan:
http://myblogsantai.blogspot.com/2014/01/14-kes-penderaan-kanak-kanak-yang.html
http://www1.hmetro.com.my/node/16247

1 comment: