JellyPages.com

Thursday, 30 July 2015

CIRI-CIRI TASKA BERKUALITI

Antara ciri-ciri taska yang baik termasuk:




PENGASUH YANG TETAP DAN BERLATIH

Pengasuh yang berpengalaman dan berlatih akan 

menyediakan atau merancang proses pembelajaran 

mengikut  perkembangan minda kanak-kanak pada tahap 

umur yang berbeza.Pengasuh harus dilatih terlebih dahulu 

dengan pengetahuan berkenaan pendidikan awal bagi 

kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak.





MEMATUHI PERATURAN PENUBUHAN TASKA

Untuk menubuhkan taska syarat-syarat yang perlu dipatuhi 

adalah seperti berikut:



(1) Taska haruslah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat 

Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).

(2) Pengasuh yang digaji hendaklah merupakan 

warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;

(3) Pengasuh telah hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan 

Kanak-Kanak (KAAK);

(4) Untuk menubuhkan taska ,pengurus hendak mendapat 

sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:
  •  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  •  Jabatan keselamatan dan Penyelamat;
  • Jabatan kesihatan dan
  •  Jabatan Tanah dan Survei (negeri Sarawak sahaja)



PENGURUSAN TASKA YANG BAIK

Pengurusan taska lebih kepada aktiviti dan bukannya 

penjagaan.Program yang diadakan mestilah sesuai dengan 

perkembangan minda kanak-kanak. Semua aktiviti-aktiviti 

tersebut hendaklah sesuai bagi umur seorang kanak-

kanak,dan juga menepati citarasa dan kemampuan kanak-

kanak tersebut.




Persekitaran Fizikal

Taska yang dipilih haruslah kelihatan menarik serta 

memenuhi cita rasa kanak-kanka daripada luar.Hal ini 

demikian kerana dapat membolehkan kanak-kanak pergi ke 

taska dengan rela dan gembira. Bilik-bilik haruslah dihiasi 

dengan berwarna-warni supaya menyeronokkan, kelihatan 

ceria.Bilik-bilik juga patut mempunyai sistem pengudaraan 

yang baik, dengan terdapatnya seberapa banyak tingkap 

yang dibuka untuk membenarkan kemasukan udara segar 

dan cahaya matahari kedalam agar oksigen yang 

dibekalkan mencukupi. Bilik-bilik air, dapur, ruang makan 

dan bilik permainan patut diperiksa sebelum menghantar 

anak ke taska tersebut samada ia bersih atau tidak untuk 

menjamin kebersihan dan kesihatan kanak-kanak.






PEMBANTU TASKA YANG BERPENGALAMAN DAN PENYAYANG

Pembantu yang digaji oleh pengurus taska mestilah 

kelihatan ceria,penyayang,baik hati, berhati-hati, dan 

berminat pada apa-apa sahaja yang dilakukan oleh kanak-

kanak serta sudi menjaga anak-anak dalam masa yang 

berjangka panjang.Mereka juga harus menganggap kanak-

kanak di taska seperti anak sendiri. Mereka juga gembira 

dengan perhubungan yang rapat dengan kanak-kanak 

tersebut dan mempunyai sifat keibuan terhadap setiap 

kanak-kanak.






MENU YANG SEIMBANG

Untuk menjamin kesihatan kanak-kanak,ibu bapa hurus

memastikan makanan yang disediakan di taska harus 

seimbang dan mempunyai khasiat yang mencukupi kepada 

kanak-kanak.Makanan yang disediakan patut seimbang dari 

segi karbohidrat,protein,vitamin dan mineral .Hal ini kerana 

untuk memasti kanak-kanak dapat dibesarkan dalam 

keadaan yang sempurna.Dengan ini bukan sahaja 

membentuk kanak-kanak yang sempurna dari segi fizikalnya 

malah menjamin perkembangan mindanya dengan adanya 

nutrien yang mencukupi.Selain itu, makanan yang 

disediakan harus mencukupi kepada kanak-kanak kerana 

mereka harus mempunyai tenaga yang banyak untuk 

melakukan aktiviti seharian.




MENARIK PERHATIAN KANAK-KANAK

Yang paling dominan ,taska yang dipilih itu mestilah 

memenuhi citarasa kanak-kanak.Hai ini dilihat apabila kanak-

kanak dibawa ke taska,dia kelihatan gembira dan tenang. 

Mereka sepatutnya dapat berhadapan dengan orang-orang 

dewasa dan kakitangan dengan penuh keyakinan, dan tidak 





No comments:

Post a Comment