JellyPages.com

Friday, 31 July 2015

Kes-kes yang melibatkan kanak-kanak di taska dan cara penyelesaiannya.

Penderaan fizikal merupakan antara kes yang sering kita dijumpai bukan sahaja terpapar di dada-dada surat khabar malah melalui berita dalam laman web. Penderaan fizikal kanak-kanak, juga dikenali sebagai kecederaan yang disebabkan oleh pengasuh dengan tidak sengaja dipukul atau didera. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak mendapat kecederaan pada mana-mana tubuh badannya dari perlakuan pengasuh atau pembantu taska yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak.Sekumpulan kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Melati, Selangor ditampar dan dipukul oleh pengasuh.




Selain itu,terdapat juga penderaan mental yang sering berlaku di taska. Penderaan mental pual dikaitkan dengan kesan bertuturan atau percakapan seseorang yang menyakitkan hati serta menyinggung perasaan orang lain dalam jangka masa yang panjang ataupun jangka masa yang pendek.Penderaan mental akan merangkumi kerosakan otak dan mengurangkan keyakinan kanak-kanak apabila melakukan sesuatu.



Di samping itu,kes kecuaian kanak-kanak juga sering berlaku di taska.Kecuaian atau kelalaian pengasuh terhadap kanak-kanak akan berlaku apabila mereka tidak berhati-hati atau tidak bersungguh-sungguh serta kurang menumpuhkan perhatian dalam penjagaan kanak-kanak apabila dalam melakukan sesuatu.Penjaga yang leka dan tidak mempunyai kesabaran akan selalu lalai dalam melakukan sesuatu aktiviti. Kecuaian merupakan satu kesalahan yang telah disahkan dalam undang-undang yang boleh menyebabkan seseorang itu terpaksa memberi pampasan.


Kes pengabaian kanak-kanak juga antara salah satu kes yang patut dibendung kerana ia akan membawa impak negative kepada kanak-kanak seperti pencapaian akademik yang teruk, melibatkan diri dalam penggunaan dadah, kehamilan remaja, dan perbuatan jenayahyang bukan sekadar menjejaskan kanak-kanak dan keluarga, malah masyarakat secara am. Pengabaian ialah bentuk penderaan yang paling lazim berlaku dan sungguhpun boleh mengancam nyawa.



Kesimpulannya,setiap lapisan masyarakat harus memikul tanggungjawab masing-masing untuk mengelakkan kes-kes akan membawa kesan negatif kepada kanak-kanak supaya kanak-kanak dapat dibesarkan dengan sempurna dari segi jiwa dan raganya.


rujukan:
http://myblogsantai.blogspot.com/2014/01/14-kes-penderaan-kanak-kanak-yang.html
http://www1.hmetro.com.my/node/16247

Thursday, 30 July 2015

CIRI-CIRI TASKA BERKUALITI

Antara ciri-ciri taska yang baik termasuk:




PENGASUH YANG TETAP DAN BERLATIH

Pengasuh yang berpengalaman dan berlatih akan 

menyediakan atau merancang proses pembelajaran 

mengikut  perkembangan minda kanak-kanak pada tahap 

umur yang berbeza.Pengasuh harus dilatih terlebih dahulu 

dengan pengetahuan berkenaan pendidikan awal bagi 

kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak.





MEMATUHI PERATURAN PENUBUHAN TASKA

Untuk menubuhkan taska syarat-syarat yang perlu dipatuhi 

adalah seperti berikut:



(1) Taska haruslah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat 

Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).

(2) Pengasuh yang digaji hendaklah merupakan 

warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;

(3) Pengasuh telah hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan 

Kanak-Kanak (KAAK);

(4) Untuk menubuhkan taska ,pengurus hendak mendapat 

sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:
  •  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  •  Jabatan keselamatan dan Penyelamat;
  • Jabatan kesihatan dan
  •  Jabatan Tanah dan Survei (negeri Sarawak sahaja)



PENGURUSAN TASKA YANG BAIK

Pengurusan taska lebih kepada aktiviti dan bukannya 

penjagaan.Program yang diadakan mestilah sesuai dengan 

perkembangan minda kanak-kanak. Semua aktiviti-aktiviti 

tersebut hendaklah sesuai bagi umur seorang kanak-

kanak,dan juga menepati citarasa dan kemampuan kanak-

kanak tersebut.




Persekitaran Fizikal

Taska yang dipilih haruslah kelihatan menarik serta 

memenuhi cita rasa kanak-kanka daripada luar.Hal ini 

demikian kerana dapat membolehkan kanak-kanak pergi ke 

taska dengan rela dan gembira. Bilik-bilik haruslah dihiasi 

dengan berwarna-warni supaya menyeronokkan, kelihatan 

ceria.Bilik-bilik juga patut mempunyai sistem pengudaraan 

yang baik, dengan terdapatnya seberapa banyak tingkap 

yang dibuka untuk membenarkan kemasukan udara segar 

dan cahaya matahari kedalam agar oksigen yang 

dibekalkan mencukupi. Bilik-bilik air, dapur, ruang makan 

dan bilik permainan patut diperiksa sebelum menghantar 

anak ke taska tersebut samada ia bersih atau tidak untuk 

menjamin kebersihan dan kesihatan kanak-kanak.






PEMBANTU TASKA YANG BERPENGALAMAN DAN PENYAYANG

Pembantu yang digaji oleh pengurus taska mestilah 

kelihatan ceria,penyayang,baik hati, berhati-hati, dan 

berminat pada apa-apa sahaja yang dilakukan oleh kanak-

kanak serta sudi menjaga anak-anak dalam masa yang 

berjangka panjang.Mereka juga harus menganggap kanak-

kanak di taska seperti anak sendiri. Mereka juga gembira 

dengan perhubungan yang rapat dengan kanak-kanak 

tersebut dan mempunyai sifat keibuan terhadap setiap 

kanak-kanak.






MENU YANG SEIMBANG

Untuk menjamin kesihatan kanak-kanak,ibu bapa hurus

memastikan makanan yang disediakan di taska harus 

seimbang dan mempunyai khasiat yang mencukupi kepada 

kanak-kanak.Makanan yang disediakan patut seimbang dari 

segi karbohidrat,protein,vitamin dan mineral .Hal ini kerana 

untuk memasti kanak-kanak dapat dibesarkan dalam 

keadaan yang sempurna.Dengan ini bukan sahaja 

membentuk kanak-kanak yang sempurna dari segi fizikalnya 

malah menjamin perkembangan mindanya dengan adanya 

nutrien yang mencukupi.Selain itu, makanan yang 

disediakan harus mencukupi kepada kanak-kanak kerana 

mereka harus mempunyai tenaga yang banyak untuk 

melakukan aktiviti seharian.




MENARIK PERHATIAN KANAK-KANAK

Yang paling dominan ,taska yang dipilih itu mestilah 

memenuhi citarasa kanak-kanak.Hai ini dilihat apabila kanak-

kanak dibawa ke taska,dia kelihatan gembira dan tenang. 

Mereka sepatutnya dapat berhadapan dengan orang-orang 

dewasa dan kakitangan dengan penuh keyakinan, dan tidak 





Wednesday, 29 July 2015

PERBANDINGAN ANTARA KELEBIHAN JAGAAN DI TASKA DENGAN JAGAAN DI RUMAH


     KELEBIHAN JAGAAN DI TASKA
 KELEBIHAN JAGAAN DI RUMAH
           Masa anak-anak diaturkan dengan aktiviti yang sesuai mengikut jadual yang telah ditetapkan.
      Masa anak lebih bebas dan tidak terikat.
     Anak-anak   berpeluang berinteraksi dengan rakan-rakan. 
     Anak-anak mempunyai lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak.
      Mendapatkan tunjuk ajar yang lebih professional daripada guru.
      Mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa.
      Dapat melakukan  pelbagai aktiviti bersama guru dan rakan-rakan.
      Dapat melakukan pelbagai aktiviti harian bersama ibu bapa.
      Makanan yang dihidangkan sedap dimakan.
      Makanan yang dihidangkan bukan sahaja sedap maka mengandungi khasiat yang mencukupi.
      Aktiviti dijalankan turut mengambil kira faktor umur dan keupayaan kanak-kanak itu sendiri.
      Aktiviti yang dijalankan mengikut sesuka hati anak-anak
      Anak-anak boleh membuat perbincangan dengan rakan-rakan
      Anak-anak dapat berbincang sesuatu dengan ibu bapa






rujukan:
https://www.facebook.com/permalink.php?id=228786043803172&story_fbid=624145184267254